Rabu, 27 Jun 2012

Yakut dan Sapir


Pengenalan

 “Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata Yaqut (safir) dan Marjan”
(Ar-Rahman: 58)

Dalam Tafsir Pimpinan Rahman, perkataan Yaqut dalam ayat diatas dirujuk sebagai batu safir. Dalam kamus-kamus Arab-Melayu, kalimah Yaqut didefinisikan sebagai sejenis batu permata bernilai tinggi berwarna merah. Manakala dalam kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub pula, kumpulan batu permata Yaqut dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

1. Merah (ruby) atau delima
2. Putih  (white sapphire) yakut putih
3. Kuning (yellow sapphire) yakut kuning
4. Biru (blue sapphire) nilam

Sementara itu, dalam kitab Ubat-Ubatan Tradicional Arab Dan Melayu, penyusunnya menamakan Yaqut sebagai batu Delima, serta mempunyai 4 jenis sebagaimana disebut dalam kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, iaitu:

1. Delima Merah
2. Delima Putih
3. Delima Kuning
4. Delima Biru


Sumber bertulis Arab dan lisan yang lain ada menyebut Yaqut (Batu sapphire) mempunyai 5 warna, iaitu:

1. Merah
2. Putih
3. Kuning
4. Biru
5. Hitam

Sumber lisan lain menyebut, Yaqut (Batu safir) mempunyai 7 sampai 9 jenis variasi warna, termasuklah warna Hijau. Batu Delima juga dikaitkan dengan warna merah isi buah pokok Delima, dan buah serta bunga pokok Keduduk oleh orang tua-tua. Wallahu'alam.
 

Batu Delima sudah masyhur sejak zaman-berzaman di Timur mahupun di Barat dengan dinobatkan “King of Gemstones”, dan termasuk dalam kategori Precious.

Batu Delima boleh didapati di banyak negara, antara yang paling terkenal ialah Burma dan juga Sri Lanka. Dalam masyarakat Melayu Malaysia, apabila disebut batu Delima, biasanya ia merujuk kepada batu Delima Merah. Di Indonesia biasa dipanggil Mirah Delima atau Mirah Siam. Istilah batu Delima Putih jarang-jarang sahaja disebut. Manakala istilah batu Delima Kuning dan Delima Biru langsung tidak dipakai.


Dalam Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, pengarangnya menyebut Yaqut Merah adalah yang paling mahal harganya, dan dalam kategori Delima Merah ini terdapatnya Pancardelima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan